About me

My photo
~ I'm for real.. I never pose.. I say what I feel ~
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari Anulus. TODAY!!


Rasulullah bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT tidak berlakunya gerhana kerana kematian atau kelahiran sesorang maka apabila berlakunya gerhana hendaklah melakukan solat sunat gerhana dan berdoalah kepada Allah sehingga berakhirnya gerhana."

Hari ni, 26 Jan 2009, masyarakat Cina di seruluh dunia akan menyambut Tahun Baru Cina. Dan, pade hari ni gak, akan terjadinye Gerhana Matahari Anulus atau Gerhana Cincin. Fenomena ini dijangke akan berlaku selame 3 jam 46 minit bermula bile bulan merentas depan matahari, tapi tak menutupi Matahari sepenuhnye sbb faktor saiz ketara Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari.

Dari ape yg aku tau, masyarakat cina anggap gerhana ni mcm 'bad omen' atau petanda buruk. Nak² dgn kedatangan tahun Lembu (Ox). Diorang anggap tahun ni tahun yg kurang elok la. Awal² tahun baru dah ade gerhana. Plus with the heat of economic recession skang ni, lagi la buat dorang percaye yg tahun ni will be a bad year for all.

Well.. bagi aku, seorang opportunist akan mengambil kesempatan ke atas keadaan yg berlaku. The condition was already predicted. So, kalau org yg betol² concern, mesti die dah prepare awal². Aku ade savings. Aku plan nak beli blue chip stock. Mase recession, mesti harge jatuh. This is the best time to buy! For those yg ade duit, jgn lepaskan peluang ni. Within few years time, the price might be tripple folded. Aku pon bukan nak beli banyak. Sikit jek. Janji ade.

Well.. back to the eclipse... Kat Malaysia, kite bleh tengok Matahari terlindung oleh Bulan dgn liputan maksimum sehingga mencapai 82.6%. And.. in certain areas, gerhana akan berlaku sejurus sebelum matahari terbenam.

Ok.. jgn lupe. Malaysians will have the opportunity to witness it starting from 4.30pm bile Bulan mula menyentuh cakera matahari. Keadaan ini juge dikenali sebagai 'The First Touch' atau 'Sentuhan Pertama'. Jgn lupe!!! Sbb gerhana seterusnye hanye akan dpt dilihat di Malaysia pada tahun 2016.

Utk sape² yg nak free, boleh la buat solat sunat gerhana.

4 Hit(s):

Ztajonet said...

blue chip stok tu amende?

skang dah kul 5.. 430 td aku tak pasan lak ada gerhana neh.. aku pasan cuaca panas gile je..

Qen said...

weh Ina.. ko bleh tgk lagi.. die sampai kul 7. tapi sini dah ujan. x leh tgk la.. blue chip stock tu saham2 yg mahal, yg selamat, yg control pasaran saham negara.yg mahal2 skit la. cth cam airasia holdings, genting bhd, ioi corp bhd, maxis, tekekom.. sume2 tu la. hehehe..

kaizar said...

gerhana! tumpang lalu for the first time!

landaklaut said...

masa time gerhana tu mula, dkt2 taiping hujan lebat yang amat jadinye tak dapat laa tgk.. tgk hujan jelaa jawabnye.. :( ..

oh, hai Qen! nak dua posen! hihihi!!!.. kenai tak? kenai tak?