About me

My photo
~ I'm for real.. I never pose.. I say what I feel ~
Feeds RSS
Feeds RSS

Monday, February 9, 2009

Gerhana Bulan Penumbra

ISNIN ini, penduduk di negara ini berpeluang menyaksikan gerhana bulan pada jam 8 malam yang dijangkakan berlaku kira-kira 28 minit. Peluang melihat gerhana bulan di negara ini bukan senang walaupun gerhana bulan boleh dikatakan kerap berlaku.

Gerhana bulan itu yang masih boleh dilihat hanya sekitar 0.0062 peratus dan gerhana bulan penuh dijangka berlaku di negara ini pada 8 September tahun depan.

Kebiasaannya, fenomena gerhana bulan akan berlaku pada fasa bulan penuh apabila bumi berada di antara matahari dan bulan dalam satu garisan yang menyebabkan Bumi langsung tidak menerima cahaya daripada matahari secara terus.

Ketika berada dalam kawasan bayang umbra bumi, ia hanya menerima cahaya secara tidak langsung daripada matahari, sebaliknya cahaya matahari terlebih dulu ditapis dan dibias oleh atmosfera bumi.Jika gerhana bulan penuh berlaku, bulan mungkin kelihatan berwarna coklat gelap atau merah bata atau oren atau kuning, bergantung kepada zarah terampai dalam atmosfera.

Selain itu, gerhana bulan pada malam Isnin ini, turut dilihat di beberapa kawasan iaitu Australia, Pasifik, Amerika Utara dan Asia.Saintis meramalkan fenomena itu akan bermula pada kira-kira jam 5.51 petang.Bahagian paling awal menyaksikan gerhana terbabit ialah tengah Amerika Utara, utara Amerika Tengah, utara Greenland, Artik, timur Asia, Indonesia, Australia, Antartika, utara Lautan Pasifik dan selatan Lautan Pasifik.

Pada saat itu, bulan akan memasuki kawasan penumbra pada Magnitud 0.068, sebelum berada pada fasa umbra kira-kira jam 7.33 malam. Ia akan memasuki fasa seterusnya iaitu puncak gerhana pada jam 8.03 malam dan berakhir kira-kira jam 10.15 malam).

Pada fasa terakhir, gerhana bulan hanya dapat dilihat di bahagian barat Amerika Utara, utara Greenland, Artik, Asia, Indonesia, Australia, sebahagian Antartika, utara Lautan Pasifik, selatan Lautan Pasifik.Disebabkan gerhana ini hanya separuh iaitu sekitar 0.0062 peratus, bulan tidak akan kelihatan gelap sepenuhnya sebagaimana ketika gerhana penuh.

Fenomena ini ternyata menarik minat orang ramai, saintis, ahli astronomi dan pengkaji ilmu falak untuk menyaksikan keajaiban itu. Seperti gerhana matahari, fenomena gerhana bulan turut mempengaruhi perubahan cuaca dan medan magnetik bumi termasuk pasang surut air laut, kejadian ombak besar (tsunami), mencairkan ais di kawasan kutub Utara dan Selatan serta penentuan tarikh permulaan tahun baru bagi kalendar Hijrah.

Bagi umat Islam pula, ia adalah tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkan melalui kejadian alam ini yang penuh misteri dan masih banyak belum tersingkap seperti firman-Nya:

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis peredarannya." - (Surah Yaasin, ayat 40).

"Dialah Allah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan menetapkan manzilah (peredaran) baginya supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan pengiraan masa." - (Surah Yunus, ayat 5).

Kejadian gerhana juga menuntut umat Islam menunaikan solat sunat gerhana sebanyak dua rakaat selepas menyaksikan kejadian itu.

Sumber: Berita Harian

0 Hit(s):